Kontinum dialek (
kontinum loghat) (
Bahasa Inggeris: dialect continuum) atau
rantai dialek (
Bahasa Inggeris: dialect chain) adalah penyebaran
ragam bahasa yang ditutur sepanjang beberapa kawasan geografi di mana bahasa yang berjiranan mempunyai sedikit sahaja perbezaan, berbanding dengan bahasa yang berjauh sehingga ia
saling tidak difahami. Fenomena ini terjadi, misalnya, dalam kawasan sesebuah benua atau subbenua yang besar seperti
India (
bahasa Indo-Arya),
Afrika Barat (antara tengah
Benin, timur
Togo dan
Nigeria) atau
kawasan Maghreb (
Bahasa Arab Maghreb). Perkara ini secara bersejarahnya juga terjadi di beberapa tempat di
Eropah seperti antara
Portugal, selatan
Belgium (Wallonia) dan selatan
Itali (Bahasa-bahasa Romawi Barat) dan di antara
Flanders dan
Austria (dialek-dialek Jerman). Leonard Clawson menggunakan istilah
kawasan dialek (dialect area)
[1] untuk konsep ini manakala Charles F. Hockett menggunakan istilah
kompleks-L (L-complex) untuk konsep yang sama.
[2] Ciri ini mirip konsep spesies cincin dalam bidang biologi evolusi.
[3]Sejak awal abad ke-20, pempeloporan konsep
negara bangsa serta penubuhan bahasa standard mereka semakin banyak menghapuskan dialek yang tidak standard dalam kontinua dialek mereka, lalu menjadikan sempadan-sempadan bahasa ini lebih mendadak dan jelas.